Berita Terkini

Berita gembira! Kami telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai CFA Cattery Berdaftar :)


-- TIADA ANAK KUCING BARU SETAKAT INI...All Sold Out --

Kucing Parsi atau Kucing Persian di Malaysia

Sejarah kucing parsi atau persian ini bermula apabila pengembara orang Itali membawa pulang kucing ini daripada Timur Tengah ke Eropah pada tahun 1600an. Kucing ini menjadi popular di England pada kurun ke 19 sehinggakan Queen Victoria mempunyai dua ekor kucing ini. Pada tahun 1800an, kucing persian ini dibawa ke Amerika. Ia menjadi breed kucing paling popular di Amerika dan diiktiraf sebagai "BREED" oleh Cat Fanciers Association (CFA) pada tahun 1914.

Kucing parsi atau juga dipanggil kucing Persian merupakan kucing yang berbaka bulu panjang. Namun ia hanya digelar kucing parsi atau Pure Persian jika kucing tersebut adalah berdaftar dengan badan diiktiraf seperti Cat Fanciers Association (CFA), The International Cat Association (TICA), American Cat Fanciers Association (ACFA) dan Federation Internationale Feline (FIFe). Dengan erti kata mudah, kucing dengan Sijil di kira sebagai tulen, jika tidak (walaupun secara fizikal adalah baka tulen) hanyalah dianggap sebagai Domestic Long Hair (DLH) atau Domestic Short Hair (DSH). Adalah menjadi kewajipan kepada pemilik untuk mendaftarkan kucing parsi kepada mana-mana badan berdaftar contohnya CFA. Jika tidak kucing parsi milik mereka hanyalah dianggap DLH.

Hati-hati kerana ramai ketika ini menjual kucing parsi secara tidak jujur. Bukan mereka menipu tetapi tidak memberitahu maklumat sebenar dan lengkap kepada pembeli. Berikut adalah perkara-perkara yang sering disembunyikan daripada pembeli kucing parsi:

1- Kucing Parsi tidak bersijil digelar Kucing Parsi Tulen.
2- Kucing Parsi Semi Flat digelar Kucing Flat Face dan Tulen.
3- Harga kucing Parsi tidak bersijil dijual pada harga kucing Parsi bersijil.

Tidak salah membeli kucing parsi tidak bersijil, cuma anda perlu faham bahawa ia tetap digelar DLH. Kucing parsi semi flat (kacukan kucing parsi tulen dengan kucing bukan parsi tulen) mempunyai kualiti muka dan bulu yang lebih rendah daripada kucing parsi tulen. Maka tidak adil jika harga digelar kucing parsi tulen apatah lagi jika tidak mempunyai sijil yang sah. Harga jualannya juga tidak sepatutnya terlalu mahal seperti harga kucing parsi bersijil. Secara umumnya harga seekor kucing parsi tulen dan bersijil pada umur 3 bulan dijual pada harga RM3000 dan ke atas.

Nama panggilan yang biasa kita dengar tentang kucing parsi tanpa sijil yang bukan tulen/pure persian:
1- Kucing Semiflat/ Pure Semiflat - muka penyek tapi hidung masih rendah
2- Flat Face/Flat Nose - muka penyek tapi masih hidung rendah

Contoh kucing bukan pure persian:        Contoh kucing pure persian:
         
Gambar sumber dari internet

Kita dapati kucing bukan persian, hidungnya rendah (di bawah aras MATA), manakala kucing pure persian pula hidungnya searas dengan mata. Biasanya kucing bukan persian ini adalah kacukan kucing pure persian dengan kucing biasa/kampung.

Oleh sebab-sebab yang dinyatakan di atas, maka adalah sangat penting untuk mempunyai SIJIL kerana dengan adanya sijil, semua masalah di atas dapat di atasi dengan bukti hitam putih!

Sepatutnya.........


Ciri Kucing Persian/Parsi
Panggilan
Flat Face High Nose dan BERSIJIL
* bapa bersijil + ibu bersijil
Pure Persian / Pedigree
Flat Face High Nose dan TIADA sijil
* ibubapa tiada sijil atau salah satu shj ade sijil
DLH Pure Persian/DLH Flat Face High Nose
Flat Face Low Nose dan TIADA sijil


DLH Persian Semi Flat/ DLH Persian Low Nose
 

* Ada kes pengecualian di mana terdapat juga bapa pure persian bersijil + ibu pure persian bersijil tapi anak yang terhasil kelihatan seperti DLH Pure Persian. Walaupun kes ini jarang berlaku, namun anak yg agak rendah kualiti ini apabila dikacukkan semula dengan Pure Persian yang lain, ia akan kembali mendapat anak yang PURE PERSIAN.
* Apapun, kecacatan kualiti ini jarang berlaku dan jika berlaku, kita tetap memanggil kucing persian kualiti rendah ini PURE PERSIAN juga kerana kucing ini MEMILIKI sijil bukti baka yang sah! (fizikal nampak tak bersijil tapi ada sijil hasil daripada ibubapa yang berSIJIL)


Link Pelaburan Lain Jika Anda Berminat:

        
        v Pelaburan ASB Terbaik

        v Pelaburan Unit Trust Terbaik

Perkara Menarik Kucing Parsi atau Kucing Persian

Kucing parsi atau persian merupakan kucing yang digemari kerana sifat manjanya dan displinnya. Ada beberapa perkara yang kita perlu tahu sebelum mula membela kucing persian ini:

Kelebihan:
1- Manja. Kucing persian tiada yang liar di dalam hutan. Sifat semulajadinya adalah manja dan jinak. Terutamanya dengan kanak-kanak. Kucing persian sangat suka dipegang atau dipeluk.
2- Berbulu panjang. Kucing persian sentiasa panjang, kembang dan gebu. Jadi ia akan kelihatan cantik dan disukai kanak-kanak.
3- Suka bermain. Kucing persian memang aktif dan suka bermain dengan apa sahaja. Oleh itu sebaiknya, pemilik kucing ini menyediakan permainan seperti bola dan tikus mainan. Walaupun begitu, kucing persian tidaklah sehingga memanjat dan berlari sekeliling rumah.
4- Cepat mesra. Kucing persian cepat mesra dengan sesiapa sahaja. Tetapi biasanya ia akan lebih manja dengan pemilik mereka. Kucing persian juga mudah mesra dengan BINATANG lain di dalam rumah. Di luar negara, kucing persian di gaulkan dengan anjing dan kambing.

Kekurangan:
1- Perlu penjagaan rapi. Kucing persian memang WAJIB disikat setiap hari/selang dua hari. Ini tidak boleh diabaikan kerana bulunya mudah bergumpal dan kusut masai.
2- Masalah Hairball. Oleh kerana bulu yang tidak disikat dan mudah tertanggal, apabila kucing persian ini menjilat bulunya, bulu tersebut akan ditelan dan berkumpul di dalam perut dalam kadar yang banyak. Kucing persian akan mula sakit perut. Ada orang membawa kucing makan rumput di luar dan selepas makan, kucing akan memuntahkan hairball.
3- Masalah bulu gugur. Kucing persian selalu mengalami masalah bulu gugur. Ini kerana musim panas/suhu panas di dalam rumah. Kucing persian perlu duduk dalam rumah yang sejuk/berangin ataupun yang terbaik ialah dalam suasana AIRCOND. Kadang-kadang masalah kutu juga menyebabkan bulu gugur. Kucing persian perlu makanan tambahan (vitamin/minyak ikan salmon/dan lain-lain) supaya bulunya cantik dan tidak gugur.

Tips membela kucing persian:
1- Patuhi jadual vaksin dan anti cacing (deworm) kucing untuk elakkan penyakit tidak diketahui.
2- Kucing yang ditinggalkan bersendirian (kerana pemilik keluar berkerja), perlulah di letakkan teman (Kucing Persian lain/kucing jenis lain/binatang lain). Kucing persian memang setia kerana ia akan menunggu tuannya pulang. Ia akan tunggu untuk bermanja dengan cara duduk berdekatan tuannya ataupun tidur di atas riba tuannya.


Link Pelaburan Lain Jika Anda Berminat:

        
        v Pelaburan ASB Terbaik

        v Pelaburan Unit Trust Terbaik



BARU!
Cawangan Homestay Kuala Lumpur, sila hubungi = http://homestaymurahkualalumpur.blogspot.com
ATAU
https://www.facebook.com/homestaymurahkualalumpur






SPONSORED


Jenis jenis Kucing Parsi atau Kucing Persian

Kategori Kucing Persian

TERDAPAT BERBAGAI-BAGAI JENIS KUCING PERSIAN BOLEH DITEMUI. SECARA UMUMNYA JENIS PERSIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:


1- Kucing Persian Warna Tunggal / Solid
= Kucing persian ini mempunyai warna yang tunggal yang TULEN contohnya putih dan hitam.






2- Kucing Persian Perak / Silver
= Kucing persian ini mempunyai warna yang tidak terlalu gelap/kelabu dan agak keputihan. Oleh itu ia dipanggil Perak atau Silver. Tidak jelas nampak tapi jika ada pure white di sebelah, warna Silver akan lebih menyerlah.


















3- Kucing Persian Berbayang / Shaded
= Kucing persian ini berwarna yang ada tone seperti berbayang.














4- Kucing Persian Berasap / Smoke
= Kucing persian ini berwarna yang ada tone seperti asap.


















5- Kucing Persian Tabby

= Kucing persian ini mempunyai belang yang digelar tabby.

























6- Kucing Persian Parti Color
= Kucing persian ini mempunyai terlalu banyak warna.















7- Kucing Persian Bi-Color
= Kucing persian ini mempunyai dua warna.

























8- Kucing Persian Himalayan
= Kucing ini istimewa kerana mempunyai 2 sifat utama iaitu warna tumpu (color pointed) dan bermata warna biru. Jika tiada kedua-dua ini, maka ia bukanlah kucing persian Himalayan tulen. Ada dua jenis iaitu Seal Point dan Flame Point.










Seal Point











Flame Point


* Masih ada banyak lagi kategori lebih kompleks dan kombinasi warna yang ada. Boleh lawati website CFA.

Credits to CFA and professional photographer involved for their marvelous persian's picture used in this website. Hope their picture and information may give others insight and clear information about persians cat. Please visit  http://www.cfa.org


Link Pelaburan Lain Jika Anda Berminat:

        
        v Pelaburan ASB Terbaik

        v Pelaburan Unit Trust Terbaik