Berita Terkini

Berita gembira! Kami telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai CFA Cattery Berdaftar :)


-- TIADA ANAK KUCING BARU SETAKAT INI...All Sold Out --

Kucing Persian Kami


Kucing kami ada beberapa jenis breed bersijil CFA dan tidak bersijil.

6 ekor yang sedia ada di rumah:














Kucing pertama kami :)


















Kucing kedua












Kucing DLH Flat Face High Nose pertama kami :)













Kucing Semi Flat Betina yang manja!








Kucing Bersijil Pure Persian Himalayan















Kucing bersijil Pure Persian pertama kami :)



















Kucing Bersijil Pure Persian terbaru 2014 kami :)














Semua kucing kami di bela di dalam rumah sahaja (Indoor Cat). Ini kerana kucing persian senang dijaga dan jika dibiarkan berkeliaran di luar, kemungkinan untuk mendapat penyakit selsema, kutu dan lain-lain dari kucing liar di luar amat mudah.

Kami menyediakan makanan dan minuman untuk kucing secara automatik.




Cat-It Water Fountain untuk minuman. Bagus sebab kucing boleh bertenggek dan minum air. Airnya juga sentiasa di tapis sebelum naik semula ke bahagian atas. Kucing memang suka minum air mengalir ni :)





Automatic Food Feeder. Malas nak bagi makan kucing...boleh set secara automatik sahaja.

Untuk tandas/toilet kucing pula kami ada menggunakan Toilet Automatik dan juga Toilet Manual.




Smart Scoop Automatic Litter Box. Automatik bersih sendiri selepas kucing masuk ke dalamnya. Ini sebab paling malas nk uruskan toilet kucing hehehe....



Cat-It Design Smartsift  Litter Box. Senang, tarik sahaja tombol ke bawah terus bersih dan masuk dalam plastik di bawah.

Makanan Tambahan untuk Kucing Kami

Kadang-kadang kami berikan kucing kami Supplement tambahan seperti Brewer Yeast, Nutri Stat dan ikan/dada ayam rebus dicarik-carik. Ikan boleh dibeli murah di pasar (RM5 untuk 3 pinggan ikan). Dada ayam pula beli sebungkus di Giant/pasaraya.




RM30/tube. Sesuai untuk kucing tak selera makan dan nak gemukkan kucing cepat.



RM20/botol. Sesuai untuk cantikkan bulu kucing supaya susah gugur dan lebih berkilat dan kembang.





RM3/paket. Murah...boleh digilir-gilirkan dengan ikan. Masak separuh sahaja (half cooked..Ada warna merah darah sikit. Jangan masak sehingga penuh dan keras. Persian tak suka). Lepas masak, carik-carikkan.

Air Purifier untuk Hilangkan Bau Kucing dalam Rumah



Kami menggunakan Coway Lombok untuk menyedut bau-bau kucing dan bulu kucing yang tidak nampak dengan mata kasar. Harga lebih kurang RM100/bulan FREE maintenance 2 bulan sekali datang ke rumah + FREE Warranty. Sangat bagus sebab udara dalam rumah bersih. Jika memasak pun bau masakan akan hilang dibersihkan dalam masa beberapa minit sahaja! Cover keluasan rumah 1600kp.

Air Minuman Kesihatan untuk Kucing dan Kami Juga



Kami menggunakan Coway Mach untuk menapis air (R.O Water 0.0001 micron). Satu lagi kelebihan ialah ia ada air sejuk (macam isi air batu sejuknye) dan air panas serentak! Paling menarik ialah, jika black-out/tiada elektrik di rumah, Coway Mach ini ada menyimpan air kosong (takde elektrik, takde lah air sejuk-panas) sehingga 7 liter....banyak tu...sebenarnya malas nak masak air kosong atau top-up air dalam water heater dispenser hehehe....

Tujuan utama pakai Coway Mach ini sebenarnya salah seekor kucing kami ada masalah sakit batu karang. Kucing ni memang kene makan ubat 2 kali sehari :( Jadi salah satu faktor untuk mengubati sakit ni ialah dengan menukar makanan kepada makanan untuk kucing berpenyakit batu karang (kurang PH) dan minum air R.O (kurang kandungan mineral). Air di kawasan Pantai Timur dikatakan mempunyai kandungan mineral yang lebih tinggi dari kawasan lain di Semenanjung Malaysia. Jadi memang ada kemungkinan kucing persian di kawasan ini lebih mudah mendapat penyakit batu karang. Berhati-hatilah ye...