Berita Terkini

Berita gembira! Kami telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai CFA Cattery Berdaftar :)


-- TIADA ANAK KUCING BARU SETAKAT INI...All Sold Out --

Penjagaan Persian


Kucing Persian perlu diberikan suntikan vaksinasi : 

1) Umur 8-9 minggu 
- Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
- Pemberian ubat cacing

2) Umur 12-14 minggu 
- Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)

3)Umur 20 minggu 
- Vaksinasi Rabies

* Selepas lengkap ketiga-tiga SESI, lakukan suntikan vaksin setahun sekali ! Ini adalah kerana daya tahan atau antibodi kucing tidak tahan selama-lamanya kuat.

Kucing yang tidak divaksin boleh mendapat PENYAKIT maut seperti :

a) Feline Panleucopenia (Distemper kucing)
b) Rhinotracheitis dan Calicivirus
c) Chlamydia
d) Feline Leukemia
e) Rabies.

Itulah sebabnya kucing boleh mati dan sakit secara tiba-tiba :(